Friday 17 March 2017

Pengenalan Aplikasi QVECTOR

Penerangan Produk 

Perisian aplikasi QVECTOR ini telah dibangunkan dengan menggunakan perisian MS Excel. QVECTOR ini digunakan untuk menyelesaikan masalah berkaitan topik Vektor dan Skalar. Contohnya seperti pengiraan magnitud vector, unit vector, sudut di antara vector, melakukan operasi penambahan dan penolakan di antara vector, mendapatkan hasil produk dot skalar dan produc silang vector.

Objektif Pembangunan QVECTOR


  • ·         Memudahkan proses kerja menggubal soalan berkaitan vector
  • ·         Menjimatkan masa dan bahan semasa penyediaan soalan dan skema jawapan yang berkaitan vector.
  • ·         Menyumbang kepada teknologi hijau dan mengurangkan penggunaan kertas

      Aplikasi Penggunaan

  • Penggunaan QVECTOR akan membantu memudahkan pensyarah bagi kursus DBM1013 untuk menyediakan soalan dan skema jawapan bagi topik Vektor.
  • Pengguna memasukkan nilai vektor, dan memilih menu penyelesaian yang dikehendaki.
  • Paparan penyelesaian ditunjukkan dan boleh disalin atau dicetak terus.


Muat Turun Aplikasi


1. Klik link di bawah.
 QVECTOR


Manual Penggunaan

Muat turun Manual Pengguna QVECTOR